Petua 1 . Memerahkan Bibir Yang Hitam
^ Bibir yg hitam akibat penggunaan gncu boleh dikembalikn kemerahannya dengan menggunakan daun sirih . Caranya , dapatan 3 helai daun sirih dn basahakannya . Kemudian , perahan daun sirih hingga mengeluarkan airnya yang merah . Sapukan pada bibir setiap malam .
Petua 2 . Memiliki Kening Cantik Dan Rapi
^ Bagi yang mahu melakukan dengan kaedah semulajadi , ramas daun lidah buaya dan sapukan lendir pada kening dan lakukan pada setiap malam . Anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti
Petua 3 . Elak Rambut Gugur
^ Tumbuk arang hngga lumat dan capur dengan minyak kelapa . Sapukan pada rambut dan biarkannya selama 2 jam . Basuh rambut seperti biasa . Lakukan seminggu sekali .
Petua 4 . Atasi Jeragat di Wajah
^ ambil sengenggam beras dan rendam semalaman . Setelah kembang , kisar dgn sedikit air brsma 2 inci daun betik dan seinci kulit kayu manis . Sapukan diseluruh muka dan biarkannya selama 30 minit . Lembapkan muka dan sentalkan wajah . Cuci semula dengan air suam . Lakukan dengan kerap .
_TipsIniDiambilDariSumberYangBerpengalaman_
No comments:
Post a Comment