Jang Ok Jung --> Jang Hee Bin ~ ( wanita terindah dinasti Joseon )
Jang Ok Jung , ialah seorang wanita bawahan yang diambil sebagai Gundik Raja Sukjong. Pada mulanya dia diambil sebagai Gundik yang berpangkat Suk . Pada 1688 , beliau dinaikkan pangkat kepada Ui dan seterusnya Bin ( Gundik Kelas Pertama ) . Beliau melahirkan seorang bayi lelaki ( Raja GyeongJong ) . Apabila Ratu Inhyun digulingkan , Jang Hee Bin menjadi permaisuri ketika dan disokong Parti Selatan . Anaknya ditabal menjadi Putera Mahkota . Kemudian , pada 1694 Ratu Inhyun telah dimasukkan semula ke istana dan Jang Hee Bin diturunkan pangkat semula Gundik Bin . Pada 1701 , Ratu Inhyun meninggal akibat penyakit misteri . Pada satu malam , Raja Sukjong bermimpi melihat Jang Hee Bin dan Jang Hee Jae ( abangnya ) sedang menyantau sebuah patung seperti Ratu Inhyun . Kemudian , mereka ditangkap . Jang Hee Bin dijatuhkan hukuman meminum racun . Beliau dihukum mati pada November 1701 di CwiSeonDang dalam ChangDeok Palace ketika berumur 42 tahun . Kemudian , Raja Sukjong telah mengisytiharkan undang - undang DILARANG MELANTIK GUNDIK MENJADI PERMAISURI . Jang Hee Bin dikenali sebagai wanita yang tamakkan kuasa ~ walaubagaimanapun , sebagai ibu kepada Putera Mahkota dia tetap diberi penghormatan .
^ Disini , Yaya nk bgthu yang Yaya bukanlah nak jadi tamak kerana kuasa dan harta ( walaupun Yaya materialistik ) . Yaya rasa , Ok Jung ni ialah wanita yang paling hebat yang pernah Yaya dengar . Kalau korang nak tahu , ketamakan Ok Jung bukanlah kerana harta ia semua kerana mahu merebut hati Raja Sukjong . Dia sanggup melakukan apa sahaja asal Raja Sukjong setia pada dia . Kalau betul dia santau Ratu Inhyun , itu adalah sebab dia xnk Inhyun kacau hubungan dia dengan Raja Sukjong . Ok Jung sedar , dia cuma Gundik . Dia tak ada kuasa seluas Permaisuri Inhyun tu . So , dia buatlah apa yang patut . Dia perlu buat sesuatu untuk mengukuhkan kedudukan dia supaya dia kekal di sisi Raja Sukjong . Klau korang nak thu lg , Ok Jung / Hee Bin ni ialah wanita yang paling disayangi Raja Sukjong . Kematian Hee Bin menyebabkan Raja Sukjong hilang arah untuk beberapa waktu . Memanglah dia jahat , tapi dia tetap Cool dekat mata aku sebab dia sanggup dibenci rakyat semata - mata untuk mendapt tmpat dihati Raja . Tapi , cm x caya jer aku yang dia santau Permaisuri Inhyun . Raja Sukjong just mmpi jer kn . Ish2 , trpengaruh btul . Tp , bnd ni da brlaku pon . Kisah yg diceritakan , mugkn da ditmbh rmuan . cerita sbenar xd spe yg thu . Apepun , Jang OK Jung / Jang Hee Bin tidak bersalah pada aku . Yang aku paling banyak dengar Ok Jung ni cantik tak terkata sampai kecantikan dia dicatat dalam sebuah buku . Setiap kelebihan ada kekurangan , Right ? OkJUng ~ Ok Jung ~ ^
_BebelanKu_
No comments:
Post a Comment